Sunday, September 27, 2015

WHO'S THE CHOOSEN ONE (PART 3)

*KRINGGGG* bunyi loceng menandakan waktu rehat

"Hahhh!! Dah rehat!!" semua mata murid tertumpu pada Akira yang baru terbangun dari tidurnya ibarat tiada apa yang berlaku. "Weh Kyou, nanti tolong beli makanan untuk aku. Aku lepak kat tempat biasa. Jangan lupa tau!!" sempat dia buat order ringkas. "Kau ni kan, time cikgu mengajar bukan main sedap kau beradu sampai tak sedar ape. Bunyi je loceng rehat ke loceng balik ke, tak semena-mena kau bangun kan?" "Ehhhh mesti ahh. Loceng rehat dengan aku memang serasi. Bagai isi dengan kuku. Bagai pinang dibelah dua.Persis intan dengan" belum sempat menghabiskan pepatahnya " Okey fine. Aku belikan makanan untuk kau nanti. Dah-dah la merepeknya" Kyou membuat muka annoying. "Hahaha..okey2..macam ni la membe sehati sejiwa. Bye Kyou. Cepat sikit tau. Aku naik atas dulu." sempat dia menepuk bahu Kyou sebelum berlari-lari anak meninggalkan Kyou. 

Di atas bumbung sekolah

"Haish..Shin senpai..kenapa la kau hensem sangat" Akira menongkat dagu melihat seorang lelaki yang sangat lincah bermain bola keranjang di gelanggang sekolah. Bunyi decitan kasut sukan pemain2 sayup2 kedengaran dari atas bumbung sekolah. "Eleh aku lagi hensem daripada dia" Kyou muncul dari pintu dengan muka berlagaknya. "Ehhh!! Pegi dahhhh!! Poyo je kau ni Kyou" " Hahaha..kalau jeles cakap je la jeles. Jujur je la dengan aku. Ni tak, nak cover2 pulak. Tak macho kayyy" sinis senyuman yang terukir di bibir Kyou. "Hishh!!Tak kuasa aku nak jeles2 bagai. Dah2 makanan aku mana sekarang ni? Akira menadah tangan muka penuh harapan. Kyou hanya ketawa. "Kau dah kenapa tiba2 gelak? Angin sawan dah datang la tu" Bengang kerana pertanyaannya hanya dijawab dengan gelak tawa. " Tak dek la. Bila tengok muka kau tadi, it reminds me....Muka anak tapir tak cukup makan.Gaya wehhh. Ahahaha." Kyou memegang perutnya. Kelakar sangat rupanya. "Kurang maggi asam laksa punya membe. Kau samakan muka aku yang comel ni dengan anak tapir? Ini boleh mendatangkan marah." " Alalala. Aku gurau je la. Macam tak biasa ngan aku" Kyou menghulurkan sandwich yang berbalut plastik dan satu tin air teh pic sejuk kepada Akira. Terus berubah air muka Akira. Pantang nampak makanan. " Heee..Thanx Kyou. Jom makan" pelawa Akira yang kelihatan ceria seperti sediakala. Masing-masing menjamah makanan mereka dengan senyap. "Kyouuuu. Aku nak tanya boleh?" "Hmm..Kyou masih fokus dengan makanannya. Emm....Kau sama team tak dengan Shin senpai?" dari dulu Akira nak tau pasal Shin senpai. "Tak" sepatah yang dijawab Kyou. "Laa..Asal tak sama team?Main basketball same je kan?" Akira masih tak berpuas hati dengan jawpan Kyou. "Kau ni....Memang la main game yang sama. Dia kan senpai so dia masuk team lain la. Banyak tanya pulak" " Owhhhhh.Macam tu ek?Baru nak mintak tolong kau ejaskan aku dengan Shin senpai. Haishh...Dah kena tukar plan lain pulak." Akira hanya mengeluh kecil ("=___=)

No comments:

Post a Comment