Setibanya Akira di kelas.......*krikk krikk..krikk krikk* Dia segera menuju ke tempat duduk nya iaitu bersebelahan dengan Maya. "Weh Maya.." tegur Akira. Kelihatan Maya tidak memberikan sebarang respon dan masih kusyuk membaca Fan-Fic di telefonnya. "Okeyyy.. Aku cakap dengan meja...Woi Maya!! sergah Akira. "Eh Akira..Bila kau sampai?" Maya membuat muka blur seribu. "Semalam..Weh! Cikgu pergi mana?" mata Akira masih liar ingin mengesan kehadiran cikgu. "Owhh..Cikgu tak masuk kelas lagi la. Yang kau berpeluh-peluh macam lepas kena kejar anjing ni kenapa?" Maya mengeluarkan tisu dari dalam poketnya dan menghulurkan kepada Akira. "Arghhhh!! Sakitnya hati akuuu!! Hish whatever la!! Tidur lagi bagus" Akira terus melelapkan matanya dan kepalanya beralaskan lengannya. "Yo Maya" Kyousuke menarik kerusi lalu duduk di tempat nya di belakang Maya. Baru sahaja Maya nak membalas teguran Kyou tiba-tiba Akira mencelah."Woi Kyou..Kau pergi mana tadi? Baru sekarang kau jejak kelas?" " Owhh..Aku pergi beli makanan kejap tadi. Sebab aku dah agak dah cikgu mesti tak masuk kelas lagi. Tapi ada minah sorang ni beriya berlari macam Usin Bolt,nak masuk kelas punya pasal. So aku tak sempat nak ajak dia pergi beli skali." Kyousuke menbuka plastik pembalut makanan dengan senyuman sinis. Sempat dia mengangkat-angkat keningnya seperti yang Akira buat kepadanya pagi tadi. Akira hanya ternganga mendengar jawapan yang keluar dari mulut sahabat lelakinya itu. "Gitu ah membe kan. Beli makanan solo. Bukan nak ajak membe yang kebuluran ni. Tak pe ah..Fine fine." lantas Akira memalingkan mukanya ke hadapan. "Hek eleh..tomboy sangat tapi cepat merajuk..Menyampah pulak aku tengok.. Nah ambik la roti ni. Aku beli untuk kau sekali tadi." Kyousuke menghulurkan roti tersebut kepada Akira. Tidak sampai 3 saat,roti tersebut telah selamat disambar oleh Akira. Sampai terpana Maya dan Kyousuke melihat perbuatannya." Hehe..Thanx Kyou..Aku tau dah kau mesti beli something untuk aku santap dipagi hari yang indah nian ini. Tu sebab aku buat drama pendek kejap tadi. Kasi feel sikit. ahahahaha.." dia terus memakan roti dah rupa tapir tak makan seminggu. Maya dan Kyousuke hanya menggeleng kepala melihat gelagat si Akira.
No comments:
Post a Comment