Sunday, September 27, 2015

WHO'S THE CHOOSEN ONE (PART 3)

*KRINGGGG* bunyi loceng menandakan waktu rehat

"Hahhh!! Dah rehat!!" semua mata murid tertumpu pada Akira yang baru terbangun dari tidurnya ibarat tiada apa yang berlaku. "Weh Kyou, nanti tolong beli makanan untuk aku. Aku lepak kat tempat biasa. Jangan lupa tau!!" sempat dia buat order ringkas. "Kau ni kan, time cikgu mengajar bukan main sedap kau beradu sampai tak sedar ape. Bunyi je loceng rehat ke loceng balik ke, tak semena-mena kau bangun kan?" "Ehhhh mesti ahh. Loceng rehat dengan aku memang serasi. Bagai isi dengan kuku. Bagai pinang dibelah dua.Persis intan dengan" belum sempat menghabiskan pepatahnya " Okey fine. Aku belikan makanan untuk kau nanti. Dah-dah la merepeknya" Kyou membuat muka annoying. "Hahaha..okey2..macam ni la membe sehati sejiwa. Bye Kyou. Cepat sikit tau. Aku naik atas dulu." sempat dia menepuk bahu Kyou sebelum berlari-lari anak meninggalkan Kyou. 

Di atas bumbung sekolah

"Haish..Shin senpai..kenapa la kau hensem sangat" Akira menongkat dagu melihat seorang lelaki yang sangat lincah bermain bola keranjang di gelanggang sekolah. Bunyi decitan kasut sukan pemain2 sayup2 kedengaran dari atas bumbung sekolah. "Eleh aku lagi hensem daripada dia" Kyou muncul dari pintu dengan muka berlagaknya. "Ehhh!! Pegi dahhhh!! Poyo je kau ni Kyou" " Hahaha..kalau jeles cakap je la jeles. Jujur je la dengan aku. Ni tak, nak cover2 pulak. Tak macho kayyy" sinis senyuman yang terukir di bibir Kyou. "Hishh!!Tak kuasa aku nak jeles2 bagai. Dah2 makanan aku mana sekarang ni? Akira menadah tangan muka penuh harapan. Kyou hanya ketawa. "Kau dah kenapa tiba2 gelak? Angin sawan dah datang la tu" Bengang kerana pertanyaannya hanya dijawab dengan gelak tawa. " Tak dek la. Bila tengok muka kau tadi, it reminds me....Muka anak tapir tak cukup makan.Gaya wehhh. Ahahaha." Kyou memegang perutnya. Kelakar sangat rupanya. "Kurang maggi asam laksa punya membe. Kau samakan muka aku yang comel ni dengan anak tapir? Ini boleh mendatangkan marah." " Alalala. Aku gurau je la. Macam tak biasa ngan aku" Kyou menghulurkan sandwich yang berbalut plastik dan satu tin air teh pic sejuk kepada Akira. Terus berubah air muka Akira. Pantang nampak makanan. " Heee..Thanx Kyou. Jom makan" pelawa Akira yang kelihatan ceria seperti sediakala. Masing-masing menjamah makanan mereka dengan senyap. "Kyouuuu. Aku nak tanya boleh?" "Hmm..Kyou masih fokus dengan makanannya. Emm....Kau sama team tak dengan Shin senpai?" dari dulu Akira nak tau pasal Shin senpai. "Tak" sepatah yang dijawab Kyou. "Laa..Asal tak sama team?Main basketball same je kan?" Akira masih tak berpuas hati dengan jawpan Kyou. "Kau ni....Memang la main game yang sama. Dia kan senpai so dia masuk team lain la. Banyak tanya pulak" " Owhhhhh.Macam tu ek?Baru nak mintak tolong kau ejaskan aku dengan Shin senpai. Haishh...Dah kena tukar plan lain pulak." Akira hanya mengeluh kecil ("=___=)

WHO'S THE CHOOSEN ONE (PART 2)

Setibanya Akira di kelas.......*krikk krikk..krikk krikk* Dia segera menuju ke tempat duduk nya iaitu bersebelahan dengan Maya. "Weh Maya.." tegur Akira. Kelihatan Maya tidak memberikan sebarang respon dan masih kusyuk membaca Fan-Fic di telefonnya. "Okeyyy.. Aku cakap dengan meja...Woi Maya!! sergah Akira. "Eh Akira..Bila kau sampai?" Maya membuat muka blur seribu. "Semalam..Weh! Cikgu pergi mana?" mata Akira masih liar ingin mengesan kehadiran cikgu. "Owhh..Cikgu tak masuk kelas lagi la. Yang kau berpeluh-peluh macam lepas kena kejar anjing ni kenapa?" Maya mengeluarkan tisu dari dalam poketnya dan menghulurkan kepada Akira. "Arghhhh!! Sakitnya hati akuuu!! Hish whatever la!! Tidur lagi bagus" Akira terus melelapkan matanya dan kepalanya beralaskan lengannya. "Yo Maya" Kyousuke menarik kerusi lalu duduk di tempat nya di belakang Maya. Baru sahaja Maya nak membalas teguran Kyou tiba-tiba Akira mencelah."Woi Kyou..Kau pergi mana tadi? Baru sekarang kau jejak kelas?" " Owhh..Aku pergi beli makanan kejap tadi. Sebab aku dah agak dah cikgu mesti tak masuk kelas lagi. Tapi ada minah sorang ni beriya berlari macam Usin Bolt,nak masuk kelas punya pasal. So aku tak sempat nak ajak dia pergi beli skali." Kyousuke menbuka plastik pembalut makanan dengan senyuman sinis. Sempat dia mengangkat-angkat keningnya seperti yang Akira buat kepadanya pagi tadi. Akira hanya ternganga mendengar jawapan yang keluar dari mulut sahabat lelakinya itu. "Gitu ah membe kan. Beli makanan solo. Bukan nak ajak membe yang kebuluran ni. Tak pe ah..Fine fine." lantas Akira memalingkan mukanya ke hadapan. "Hek eleh..tomboy sangat tapi cepat merajuk..Menyampah pulak aku tengok.. Nah ambik la roti ni. Aku beli untuk kau sekali tadi." Kyousuke menghulurkan roti tersebut kepada Akira. Tidak sampai 3 saat,roti tersebut telah selamat disambar oleh Akira. Sampai terpana Maya dan Kyousuke melihat perbuatannya." Hehe..Thanx Kyou..Aku tau dah kau mesti beli something untuk aku santap dipagi hari yang indah nian ini. Tu sebab aku buat drama pendek kejap tadi. Kasi feel sikit. ahahahaha.." dia terus memakan roti dah rupa tapir tak makan seminggu. Maya dan Kyousuke hanya menggeleng kepala melihat gelagat si Akira.

WHO'S THE CHOOSEN ONE (PART 1)

WATAK & PERWATAKAN


AKIRA- tomboyish, selalu pakai cap & sneakers, suka makan menda2 manis, rambut lurus & panjang, tinggi 162cm

KYOUSUKE- childhood friend Akira, caring pasal Akira, selalu main basketball, tinggi 170cm

SHIN- agak popular among girls, cool type, prince charming like, stylo, tinggi 175 cm

REIJI- persistent type, kawan kat tempat Akira kerja part time, tinggi 180 cm

MAYA- happy go lucky type, suka baca fan-fic, tinggi 159 cm

NANAMI- friendly, kawan kat tempat Akira kerja part time, tinggi 157 cm



*DING DONG* kedengaran bunyi loceng yang menandakan waktu persekolahan sudah bermula

Pengawas mula mengunci pintu pagar hadapan sekolah. "Warghhhh!! Kyousuke!! Cepat la sikit jalan tu!! Kita panjat ikut pagar belakang.." jerit Akira dengan selambanya. "Hishh kau ni! Padahal kau yang lambat keluar rumah, nak salahkan aku pulak.." jawab Kyousuke. Akira hanya membuat muka selamba. "Kyou!! Cepat la tolong aku panjat pagar ni.." desak Akira. "Kau ni kan.. Dah tau diri tu pendek, ada hati nak panjat pintu pagar yang tinggi ni." sindir Kyousuke. "Sebab aku pendek la, aku mintak tolong kau jadi tangga aku. Pandai tak aku?" Akira mengangkat-angkat kening dan ditambah dengan senyuman kerang busuknya. Kyousuke hanya mengeluh kecil melihat Akira merangkap kawan baiknya sejak kecil lagi. Tanpa banyak soal dia membantu Akira memanjat melepasi pagar. Jejak je kaki kat tanah berdesup Akira berlari meninggalkan Kyousuke. Di pertengahan jalan Akira tiba-tiba terhenti lariannya. Sempat dia menoleh "Thanx Kyou!!" sambil melambai-lambaikan tangannya. Kyou hanya tersenyum melihat Akira yang menyambung larian menuju ke kelasnya.."Dah rupa tarzan aku tengok minah ni"

Thursday, September 24, 2015


JUST ONE OF MY DRAWINGS..NOT A PRO..I'LL UPLOAD WHO'S THE CHOOSEN ONE PART 3 LATER😁🌟

Monday, September 21, 2015

I'm new here

First of all u guys can call me Diyana,Dyana,Akira..I'm 18,a Malay,Malaysian soooooo some of my post will be in English, Malay, both of it and a little bit Japanese.. I'm still learning Japanese language all by myself, no class, no teacher so I'm not a pro yet.. I love anime,candies,junk food.. Okayyy I donno what i'm typing right now..In a nutshell i'll be posting stuffs that's not specified only on one topic..For example, my experience back then,daily life,fan fiction a.k.a. the stories that i've created,love life(maybeeee) and lots of other stuff.. So here i reallyyyyyyyy hope that i'll be attracting readers to read my blog..u read mine,i'll read urs..I'm waiting for ur supports..Ur comment,suggestions,ideas are all welcome..Lastly, I hope that people will not share or take stuffs that I'm posting witout my permission...Thank Youuuuuuuu