Tuesday, August 16, 2016

WHO'S THE CHOOSEN ONE (PART 5)

DI SHIKU CAFE


Jam menunjukkan tepat 8 malam. Akira menguap kepenatan dan kebosanan kerana hari ini kurang pelanggan datang ke kafe. "Lebatnya hujan. Macam mana nak balik nanti" omelnya sendirian. "Heii cakap sorang2 nampak" tegur satu suara garau dari belakang. Akira yang sedikit terjentat, cepat2 membetulkan topinya. Tindakan refleks nak cover terkejut. "Ehh Reiji..Macam tak biasa pulak tengok aku cakap sorang2." Akira menyambung menikmati air coklat aisnya. Reiji pula berdiri di sebelahnya dan hanya memerhati gelagat orang yang lalu lalang di hadapan kafe. "Okey je ke sekolah hari ni?" Reiji memulakan perbualan. Macam krikk2 sangat je suasana masa tu. "Emm.." Akira membalas dengan anggukan. "Hmm..tengok muka macam tak okey je. Kalau ada masalah,cerita la. Mana tau aku boleh tolong ke..Kan?" 

"Emm sebenarnya aku... aku ada gaduh sikit dengan Kyou tengah hari tadi."jelas riak wajahnya sedikit suram. "Owhh..patut la muka macam tak cukup makan je" Reiji berseloroh. "Hishh kau ni!! Ke situ pulak. Aku serious ni" ditampar sedikit lengan Reiji. "Hahaha.. Okey2 serious ek. Asal kau gaduh ngan dia?"   "Jap2..Sebelum aku cerita, boleh tak kau duduk? Nak naik teleng kepala aku duk tengok kau" Akira mengurut-urut tengkuknya. "Hahaha..Sory2" Reiji mengambil tempat di hadapan Akira. "Okey cite la"  "Aku gaduh dengan Kyou sebab dia tak dengar aku cakap panjang lebar dengan dia. Kau tau tak, penat je aku bercakap, sekali dia pakai earphone siap main candy crush lagi. Mana la aku tak marah. Habis air liur je aku cakap ngan dia" panjang luahan Akira kepada Reiji.

Dahi Reiji sedikit berkerut. "Laaa sebab tu je ke korang gaduh? Btw kau bebel apa kat Kyousuke tu?" soal Reiji sambil memusingkan pen di tangannya. "Kau kata sebab tu je?! Aku cakap pasal Shin senpai la. Dah dia yang tanya. Bila aku terang, sepatah haram pon dia tak dengar" Akira mencebik. "Comelnye" bisik hati Reiji. "Woii Rei!! Kau dengar tak aku cakap ape?!! Kau jangan buat hal macam Si Kyou tu pulak" Akira menepuk meja bagi menyedarkan Reiji daripada lamunannya tadi. "Ehh mana ada. Aku dengar la" Reiji menggangguk. "Emm aku rasa kan.. " baru saja Reiji ingin memberikan pendapatnya. "Weii customer ramai pulak yang masuk. Jom ambik menu" Akira sudah bangun dari tempat duduknya,segera mengambil menu lalu diberikan kepada pelanggan dengan senyuman di bibirnya. Dia sempat membetulkan topinya. "Kenapa la comel sangat minah tomboy ni? " Reiji berkata perlahan. "Rei!! Yang kau tercongok lagi apasal? Cepat la ambik menu bagi customer kat meja sana tu. Adoii sempat pulak kau nak jadi tugu negara kat situ. Ingat comel ke?" Akira memandang Reiji atas bawah. Reiji yang tersedar dari lamunannya segera mengambil menu dan diberikan kepada pelanggan perempuan yang sudah tersenyum2 melihatnya. Maklumla Reiji  ni dah la tinggi, muka pon boleh tahan la. Mana la customer perempuan muda2 ni tak tertarik nak datang kafe. Selepas memberikan menu, Reiji hanya tersenyum hambar kepada perempuan2 tersebut. Dia kemudiannya berdiri di sebelah Akira dengan senyuman poyo. "Kau dah kenapa senyum gitu? Scary tau tak?" soal Akira dengan selamba. "Laaa kau tak nampak ke customer tadi tersengih2 pandang aku. Nampak sangat la aku ni bukan sahaja comel malah hensem. Pakej gitu" Reiji menunjukkan muka bangganya di depan Akira. "Huakk tuihhh. Ehh blahh la. Naik berkulat telinga aku mendengarnya. Dah2 tepi sikit, aku nak hantar air ni" Akira meolak perlahan tubuh Reiji.