Tuesday, August 16, 2016

WHO'S THE CHOOSEN ONE (PART 5)

DI SHIKU CAFE


Jam menunjukkan tepat 8 malam. Akira menguap kepenatan dan kebosanan kerana hari ini kurang pelanggan datang ke kafe. "Lebatnya hujan. Macam mana nak balik nanti" omelnya sendirian. "Heii cakap sorang2 nampak" tegur satu suara garau dari belakang. Akira yang sedikit terjentat, cepat2 membetulkan topinya. Tindakan refleks nak cover terkejut. "Ehh Reiji..Macam tak biasa pulak tengok aku cakap sorang2." Akira menyambung menikmati air coklat aisnya. Reiji pula berdiri di sebelahnya dan hanya memerhati gelagat orang yang lalu lalang di hadapan kafe. "Okey je ke sekolah hari ni?" Reiji memulakan perbualan. Macam krikk2 sangat je suasana masa tu. "Emm.." Akira membalas dengan anggukan. "Hmm..tengok muka macam tak okey je. Kalau ada masalah,cerita la. Mana tau aku boleh tolong ke..Kan?" 

"Emm sebenarnya aku... aku ada gaduh sikit dengan Kyou tengah hari tadi."jelas riak wajahnya sedikit suram. "Owhh..patut la muka macam tak cukup makan je" Reiji berseloroh. "Hishh kau ni!! Ke situ pulak. Aku serious ni" ditampar sedikit lengan Reiji. "Hahaha.. Okey2 serious ek. Asal kau gaduh ngan dia?"   "Jap2..Sebelum aku cerita, boleh tak kau duduk? Nak naik teleng kepala aku duk tengok kau" Akira mengurut-urut tengkuknya. "Hahaha..Sory2" Reiji mengambil tempat di hadapan Akira. "Okey cite la"  "Aku gaduh dengan Kyou sebab dia tak dengar aku cakap panjang lebar dengan dia. Kau tau tak, penat je aku bercakap, sekali dia pakai earphone siap main candy crush lagi. Mana la aku tak marah. Habis air liur je aku cakap ngan dia" panjang luahan Akira kepada Reiji.

Dahi Reiji sedikit berkerut. "Laaa sebab tu je ke korang gaduh? Btw kau bebel apa kat Kyousuke tu?" soal Reiji sambil memusingkan pen di tangannya. "Kau kata sebab tu je?! Aku cakap pasal Shin senpai la. Dah dia yang tanya. Bila aku terang, sepatah haram pon dia tak dengar" Akira mencebik. "Comelnye" bisik hati Reiji. "Woii Rei!! Kau dengar tak aku cakap ape?!! Kau jangan buat hal macam Si Kyou tu pulak" Akira menepuk meja bagi menyedarkan Reiji daripada lamunannya tadi. "Ehh mana ada. Aku dengar la" Reiji menggangguk. "Emm aku rasa kan.. " baru saja Reiji ingin memberikan pendapatnya. "Weii customer ramai pulak yang masuk. Jom ambik menu" Akira sudah bangun dari tempat duduknya,segera mengambil menu lalu diberikan kepada pelanggan dengan senyuman di bibirnya. Dia sempat membetulkan topinya. "Kenapa la comel sangat minah tomboy ni? " Reiji berkata perlahan. "Rei!! Yang kau tercongok lagi apasal? Cepat la ambik menu bagi customer kat meja sana tu. Adoii sempat pulak kau nak jadi tugu negara kat situ. Ingat comel ke?" Akira memandang Reiji atas bawah. Reiji yang tersedar dari lamunannya segera mengambil menu dan diberikan kepada pelanggan perempuan yang sudah tersenyum2 melihatnya. Maklumla Reiji  ni dah la tinggi, muka pon boleh tahan la. Mana la customer perempuan muda2 ni tak tertarik nak datang kafe. Selepas memberikan menu, Reiji hanya tersenyum hambar kepada perempuan2 tersebut. Dia kemudiannya berdiri di sebelah Akira dengan senyuman poyo. "Kau dah kenapa senyum gitu? Scary tau tak?" soal Akira dengan selamba. "Laaa kau tak nampak ke customer tadi tersengih2 pandang aku. Nampak sangat la aku ni bukan sahaja comel malah hensem. Pakej gitu" Reiji menunjukkan muka bangganya di depan Akira. "Huakk tuihhh. Ehh blahh la. Naik berkulat telinga aku mendengarnya. Dah2 tepi sikit, aku nak hantar air ni" Akira meolak perlahan tubuh Reiji.

Sunday, June 5, 2016

WHO'S THE CHOOSEN ONE (PART 4)

"Hek eleh kau ni.. Padahal kau keje kafe dekat luar mall tu je.. Senpai tu bukan keje part time kat kedai baju tingkat 2 ke? Dia nak pergi keje pon lalu depan kafe kau kan?" 

Akira mengangguk beberapa kali tanda setuju dengan Kyou. "Memang la tempat keje dekat. Tapi aku dengan senpai kan keje part time, jadual keje pon lain-lain. Bukan senang nak dapat jumpa dia tau. Kadang-kadang aku naik tingkat atas nak usya dia, tapi dia takde, tak pon dia off day. Aku tau la dia tu hensem.. Tak payah la nak hilang-hilang macam artis. Last-last aku jugak yang merana sebab tak dapat jumpa dia. Hmmm.." adu Akira yang berbaring sambil melihat awan. Percakapannya terhenti oleh sebab tiada sebarang respon daripada Kyou. Dia menoleh dan alangkah berbunga hati & perasaannya melihat Kyou yang asyik bermain Candy Crush dengan earphone di telinga. Pantas Akira terbangun daripada baringannya dan merentap sebelah earphone Kyou. 

"Woii Kyou!!Kau dengar tak aku cakap apa tadi??" tajam pandangan Akira melihat Kyou.

"Hahh?! Kau cakap dengan aku ke Kira? Laaa aku ingat kau nyanyi sorang-sorang ke apa. Patut la aku tengok kau terkumat-kamit macam tengah baca mantera je tadi.. hahahaha. Sorry2 kau nak cakap apa tadi?" 

"Malas aku nak cakap dengan kau ni. Kau dengan Maya hampir sama je. Bila aku cakap panjang lebar bukan korang dengar pon. Baik aku cakap dengan Lynx, kucing aku tu. At least dia bagi respon jugak. Dah ah aku nak balik kelas" sayu luahan Akira. Kali ini dia betul2 kelihatan terasa dengan perbuatan Kyou. Mana tak nya, penat dia bercerita tapi membe tak dengar sepatah habuk pon. Bazir air liur je.

Kyou hanya diam dan melihat Akira melangkah pergi. " Sorry Kira.. Actually aku dengar semua yang kau bebel dari tadi. Tapi aku saje buat2 tak dengar. Entah kenapa bila kau asyik perhati dan cakap pasal senpai, hati aku sakit. Mungkin aku tak nak kehilangan perhatian daripada kawan baik aku. Mungkin..." kata2 itu hanya mampu dia pendamkan. "So right now, how am I going to persuade her? Think Kyou, think" bibirnya tercalit segaris senyuman penuh makna. Lantas dia bangun dan beredar menuju ke kelas.

Saturday, June 4, 2016

sorry guys..for not posting quite a long time..i'm having probs with the modem..soooo its quite difficult to post it using phone..i'll be updating my story soon enough..promise (>~<)